Monday, June 10, 2013

(Pilihanraya Hidayah Berhijab (PHB 2013)

Disebelah kanan blog ini terdapat suatu undian (poll), kertas mengundi adalah seperti dibawah.
Niat kita adalah berkempen memberi semangat kepada sesama islam supaya berubah kepada yang lebih baik. Raja Permaisuri Agong contoh terbaik, pemakaian hijjab telah menambahkan kecintaan Allah kepadanya Insyallah dan memberi inspirasi kepada "the royal circle"  dan rakyat jelata tentang nekad penhijrahan di waktu berada di puncaknya. Ianya bagi pendapat saya dapat memberi kesan "spillover effect" kepada ramai lagi pembesar untuk berhijjab.
Bagi kita, berhijjab sebenarnya dapat membantu muslimah untuk menjadi yang terbaik kerana dengan itu, tatasusila dan hormat dalaman seseorang kepada  dirinya sendiri secara dasarnya bertambah dan auranya akan di zahirkan kedalam sifat kehidupan seharian. Ada yang akan berkata, ramai yang bertudung tapi masih tidak menjaga tatasusila, tetapi yang lebih penting adalah pencapaian kepada suatu piawai seorang muslimah. Ada yang akan berkata pakai tudung tetapi tidak ikhlas maka tahukah bahawa adakah seseorang yang memakai tudung semasa masih kecil paham benar mengenai pemakaian tudung? Kita mungkin pernah mengetahui mengenai suatu kisah seorang pencuri yang mencuri terdengar perbualan tuan rumah mengenai niatnya kepada sesiapa yang paling awal ke masjid untuk bersolat Subuh.

Sekarang ini tiada lagi masalah untuk bertudung dan mengenakan sedikit fesyen yang memenuhi piawaian islam, baru-baru saya terdengar ada tudung berjenama wanita pertama, so our first lady, tunjukkan kewibawaan anda, berani untuk berubah diwaktu puncaknya ! Allahualam


1 comment:

  1. Hari-hari saya doakan Datin Seri bertudung dan menjadi motivasi kepada pembesar-pembesar lain untuk bertudung aminnn

    ReplyDelete